Blogger Tips and TricksLatest Tips For BloggersBlogger Tricks

Tuesday, 25 March 2014

The Conspiracy of #MH370

Ini adalah tulisan tentang satu teori konspirasi berkaitan kehilangan yang cukup meyakinkan saya. Apatah lagi sebahagian mereka yang hilang adalah jurutera senjata yang turut terlibat dalam projek menjadikan kapal terbang bebas daripada dikesan radar. 

Segala pencerahan yang dibuat sangat logik dan berlandaskan fakta. Pembacaan tuan-tuan dan puan-puan kali ini tidak akan sia-sia.

1) adakah MAS merahsiakan perbualan antara perisik XXX dengan menara kawalan kepada kerajaan, rakyat malaysia dan seluruh dunia? kenapa nak rahsiakan?? adakah takut sebab kawalan keselamatan terlalu longgar? kenapa setelah sejam lebih pesawat hilang dari radar, tapi mereka masih lagi berkomunikasi dengan pesawat?? apa isi perbualan mereka??

2) radar untuk tujuan komersial tidak secanggih seperti untuk tujuan ketenteraan.. maka radar jammer dari pasar gelap sudah memadai untuk "menghilangkan" pesawat dari radar di menara kawalan subang

3) setelah "menghilangkan" pesawat dari radar, pesawat patah balik untuk ke destinasi XXX (destinasi ini saya tidak pasti di mana), pesawat terus berlegar di ruang udara malaysia, iaitu di kawasan banjaran titiwangsa selama sejam lebih sambil masih lagi "berunding" dengan menara kawalan..

4) kenapa pertahanan malaysia tidak dapat kesan pesawat itu ketika berlegar di udara banjaran titiwangsa? kerana di situ pertahanan udara kita paling lemah..

5) rundingan dengan menara kawalan gagal setelah 2 jam lebih.. perisik XXX putuskan hubungan dengan menara kawalan di subang.. perisik XXX terus menerbangkan pesawat ke lokasi XXX

6) saya gunakan istilah "perisik" kerana hijacker ini bukannya pengganas, tapi seorang perisik dari negara XXX (antara kuasa besar dunia).. sebab itulah sehingga sekarang tiada pengakuan dan tuntutan di media massa.. semua rundingan adalah secara tertutup antara pemimpin negara kuasa besar..

7) ketika pesawat bergerak ke lokasi XXX, perisik tiba-tiba menukar laluan, dan pesawat didapati terbang di selat melaka, menuju ke utara (thailand).. ketika ini, radar pertahanan udara malaysia dapat mengesan kehadiran pesawat asing ini (kerana pertahanan udara malaysia di selat melaka adalah lebih baik dari di pantai timur dan banjaran titiwangsa)..

8) tetapi pihak pertahanan masih lagi clueless tentang rampasan ini, kerana pihak menara kawalan TIDAK PERNAH MEMAKLUMKAN KEPADA KERAJAAN DAN KEMENTERIAN PERTAHANAN

9) pesawat terus menuju ke thailand.. thailand dapat tahu dan terus memaklumkan kepada seluruh ketenteraan mereka, termasuk pangkalan udara milik amerika di thailand (lokasi rahsia)

10) ketika pihak thailand cuba menghubungi pesawat MAS tersebut, perisik XXX cuba menipu dengan mengatakan pesawat mereka tersesat..jet amerika cuba intercept dan tembak pesawat, tetapi perisik XXX cuba berunding dengan amerika dan thailand

11) ketika rundingan di nanning, kerajaan malaysia TIDAK TAHU MENAHU pasal ini.. rundingan hanyalah melalui negara XXX, YYY, ZZZ dan mungkin beberapa negara lain

12) pihak MAS baru maklumkan kepada umum pesawat MH370 hilang setelah benar-benar pesawat itu disahkan tidak mendarat di beijing (jam 7 pagi lebih).. kenapa lambat sangat nak sahkan MAS?? kamu ingat perampas itu main-main ke??

13) ketika ini barulah kerajaan malaysia maklum dan seluruh dunia gempar dengan berita ini.. akibat kurangnya maklumat dari pihak MAS (pesawat tiba-tiba hilang, tak ada sebarang petanda) maka kerajaan mulakan SAR agak lambat..

14) saya tidak pasti sampai bila baru pemimpin negara malaysia dimaklumkan perkara sebenar oleh negara XXX,YYY dan ZZZ.. DS Najib cuma mengikut arahaan dari negara XXX, YYY, dan ZZZ untuk kumpul keluarga mangsa, cari di situ, cari di sini, buat itu buat ini.. tapi rasanya sekarang mereka sudah dimaklumkan..

15)TIADA APA-APA YANG BERLAKU DI LAUT CINA SELATAN.. tiada.. semua penemuan kononnya debris, tompokan minyak, claim dari navy negara XYZ kononnya dah jumpa bangkai dll adalah..... saya tidak pasti dan tidak berani nak buat andaian.. yang pasti negara2 kuasa besar dah hantar armada ketenteraan mereka di kawasan yang kononnya tempat pesawat terhempas

16) malaysia serta negara lain yang "tak tahu apa-apa" meneruskan usaha mencari.. ketenteraan kita BARU PERASAN mereka pernah kesan satu pesawat asing di selat melaka (adakah saya yang ingatkan mereka hahahaha) maka mereka terus membuat pencarian di selat melaka, kerana andaian mereka di situlah kali terakhir malaysia mengesan pesawat itu

17) ketika jet amerika hampir memintas pesawat MAS di thailand, perisik XXX berunding dengan negara amerika agar "melepaskan" pesawat itu dan memaklumkan pesawat itu adalah pesawat komersial dan mengandugi 200 lebih penumpang 

19) amerika bersetuju, mungkin ada yang pelik mengapa USA boleh bersetuju dengan mudah.. ini kerana perisik itu BUKANNYA PENGGANAS tetapi dari negara XXX.. pihak amerika memaklumkan kejadian ini kepada negara XXX, dan negara XXX mengesahkannya..pada mulanya amerika demand pesawat itu mendarat di thailand, tetapi akhirnya terpaksa akur permintaan perisik XXX untuk mendarat di nanning.. kenapa nanning?? saya belum mahu hurai lebih lanjut..
18) dipendekkan cerita, ketika mendarat di nanning, sepatutnya pendaratan MH370 di nanning dirahsiakan, tetapi terbocor juga oleh beberapa orang pegawai lapangan terbang yang tidak dimaklumkan terlebih dahulu tentang pendaratan cemas ini serta MISI RAHSIA negara XXX.. akhirnya cerita pendaratan pesawat MH370 di nanning berjaya diputarbelitkan sebagai hoax

19) apa isi rundingan?? mengelakkan PERANG DUNIA KETIGA

20) ketika rundingan, negara XXX mengugut untuk melancarkan perang dunia ketiga seandainya misi mereka ini dibocorkan.. negara YYY, ZZZ dan beberapa negara lain (saya yakin malaysia tidak terlibat dalam rundingan ini) terpaksa bersetuju

21) jadi, apakah sebenarnya tujuan pesawat itu dihijack?? sebenarnya hijack itu hanyalah backup plan dari perisik XXX seandainya identiti dan operasi beliau berjaya dikesan oleh perisik dari negara lain yang turut sama berada di dalam pesawat tersebut.. semalam saya ada dedahkan salah satu nombor passport perisik iaitu YA3189197, nama pemilik passport ini ialah luigi miraldi, tetapi didapati passport ini adalah passport curi (cepat sungguh negara mereka tutup cerita)

22) saya ada terbaca berita dari china, di mana ahli keluarga cuba hubungi telefon bimbit salah seorang penumpang pesawat, dan berjaya, tetapi tidak diangkat atau disahut.. ya, memang la, sebab pihak negara XXX lupa nak off henset mamat tu setelah dirampas..

23) (imaginasi saya sahaja) - pada mulanya, pihak yang berunding berusaha untuk cari jalan untuk tutup cerita rampasan ini untuk kepentingan bersama.. mereka cuba membawa ahli keluarga terdekat penumpang untuk berunding di satu tempat rahsia (kemungkinan di nanning).. antaranya, mungkin penumpang yang terlibat terpaksa dipalsukan kematian mereka, dan pihak yang berunding akan cuba untuk membuat seolah-olah pesawat itu benar-benar telah terhempas, tetapi banyak kali kantoi.. banyak kali mereka terpaksa tarik balik statement..

24) insyaAllah, sama-sama kita doakan mereka semua masih hidup krn memang dr awal kes hijack Sebab Ukraine dgn Russia tgh berperang Dlm pesawat tu ada 2 org Ukraine, seorg Russian Pengaruh cina diperlukan russia TERKINI ...


 Ada beberapa aspek berbangkit dlm isu MH370 ... 

1) 2 pasport hilang berprofile tinggi dlm bidang askar/ ketenteraan.
2) 4 org China yg mempunyai kepakaran dlm bidang kimia and biologi expert di dalam pesawat.
3) 27 anak Malaysia yg berada di dalam pesawat adalah dari syarikat motorola yg expert dlm it and communication.
4) Boeing 777 sebelum bertolak ke beijing baru kembali dari Pakistan.
5) Pasport 2 org yg hilang tidak di report pada interpol.
6) Semua negara besar telah menghulurkan bantuan kecuali Russia.
7) Boeing 777 boleh terbang lebih dari 11 jam dan boleh sampai di negara lain kerana perjalanan 777 adalah pada waktu malam yg tidak dpt dijangkau ...
8) ID Patrik Gomez perlu dikaji dgn lebih terperinci.
9) MH 370 telah pun dihijack kerana laut sedalam 3km jika crash signal dca masih dapat dikesan.

10) 4 Billionaire China berada di dalam flight tersebut


Monday, 10 February 2014

I’d love to hear you call me....


I call you honey
Because you’re so sweet
I call you angel
Because you’re so beautiful
I call you baby
Because you’re so huggable
I call you cutie
Because you’re the only one I notice
I call you my love
Because you fill my heart
I call you sunshine
Because you light up my life
I’d love to hear you call me Only Mine

Penipuan Pembelian Telefon Pintar Internet



SCAM ALERT: Pengiklanan barang menggunakan medium internet semakin popular kerana ianya sangat mudah, murah dan pantas. Walaubagaimanapun, bagi sesetengah individu taktik ini digunakan untuk menjerat mangsa bagi mengaut keuntungan mudah.
Modus operandi:
1. Suspek akan mengiklankan telefon bimbit jenama terkenal harga yang murah di internet.
2. Mangsa diyakinkan bahawa

3. Mangsa yang berminat akan mudah percaya dan seterusnya membuat pesanan
4. Setelah mendapat bayaran, telefon bimbit tersebut tidak diserahkan kepada mangsa.
5. Suspek menghilangkan diri.


Nasihat polis:
1. Digalakkan berurusan dengan saluran rasmi produk tersebut.
2. Orang ramai dinasihatkan untuk lebih berhati-hati apabila membuat pembelian atas talian.
2. Sekiranya perlu, digalakkan berjumpa dengan penjual produk semasa proses pembelian.

BR1M 3.0 mula di agihkan pada 23 Feb ini , semak status permohonan anda

 
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) 3.0 peringkat nasional akan dilancarkan pada 22 Feb ini manakala pengagihan bagi peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri pula diadakan pada 23 Feb, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Cara Semakan Brim 3.0 2014 Online :

Terdapat 4 cara untuk anda semak brim 3.0 2014 & keputusan status permohonan Brim 2014, antaranya ialah :
1) Semakan Brim 3.0 2014 Secara Pos
Anda akan menerima surat pengesahan apabila tarikh pembayaran Brim 3.0 2014 sudah semakin hampir.
2) Semakan Brim 3.0 2014 Secara Telefon
Anda boleh terus menghubungi no talian hotline LHDN 1-800-222-5000/-18000-88-2716 (waktu pejabat sahaja)
3) Semakan Brim 3.0 2014 Secara Emel
Anda boleh hantar persoalan terus melalui emel,br1m2      
@treasury.gov.my @ br1m3@treasury.gov.my yang mana biasanya akan akan menerima jawapan balas antara 1-2 hari bekerja.
4) Semakan Brim 3.0 2014 Online 
Anda hanya perlu masuk ke laman ini https://ebr1m.hasil.gov.my untuk semak status permohonan Brim 3.0 secara online.

Monday, 20 January 2014

30 Tips Untuk Bahagiakan Rumahtangga

https://encrypted-tbn1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQARu5P_mNxbc2ifGcY8H4jLMfb03SC8w5Cfpq4rE_6FWjLx4O0
Keluarga bahagia adalah HAK kita semua. Moga Allah rahmati & lindungi keluarga kita semua.. Untuk Posting kali ini saya sertakan 30 tips untuk kebahagiaan rumahtangga..
1.Taat perintah Allah, terutamanya menjaga solat fardhu & sunat.
2. Kenali pasangan dgn mendlm- buat apa yg dia suka & elak melakukan apa yg dia benci. Apa yg kita kenal sblm kahwin sering berbeza dgn situasi selepas kahwin.
3. Byk tolak ansur & cuba fahami pasangan-- suami fahami persepsi wanita & isteri cuba fahami persepsi lelaki. Persepsi lelaki & wanita amat berbeza!
4. Berlapang dada & boleh terima teguran pasangan. Tegurlah dgn hikmah. Puji kebaikannya sblm menegur kesilapannya! Ramai di antara kita yg tak boleh di tegur!!!
5. Sentiasa redha meredhai sbb kita tak sempurna. Suami & isteri punyai kelemahan masing2.
6. Tolong menolong-- terutamanya suami, bantulah kerja rumah.
7. Jadi jiran yg baik agar semua jiran syg kpd kita.
8. Suami usha utk tampankan diri & isteri cantikkan diri semata mata utk pasangan, baru ngam!
9. Bentuk sifat tawaduk. Sifat ego yg sering robekkan rtangga.
10. Sering bergurau senda & buat lawak (lawak bodoh pun takpe).
11. Cemburu yg bertempat, tanda beriman. Elak cemburu buta.
12. Mendorong & memotivasikan pasangan utk majukan diri.
13. Sentiasa didik mendidik & pesan memesan. Insan mudah lupa.
14. Cari titik persamaan sbg pengerat kasih syg. Ikut kajian: pasangan bahagia punyai lebih drp 13 persamaan!
15. Sentiasa maafkan pasangan sblm tidur. Elak tidur dlm keadan marah atau rajuk. Malaikat rahmat akan tinggalkan rumah kita.
16. Bentuk ritual romantik sbg pemangkin kasih syg.
17. Jadi cermin yg jujur kpd pasangan. Jgn biarkan kemungkaran.
18. Jadi perawat yg setia kpd pasangan- fizikal, mental, rohani.
19. Sentiasa membelai & memuji & menghargai pasangan.
20. Sentiasa berkomunikasi secara berhikmah & menyejuk jiwa.
21. Usaha agar menjadi kebanggaan pasangan- serlahkan kehebatan.
22. Berterusan mencari ilmu ttg agama, rumahtangga, dll
23. Sentiasa doa mendoakan pasangan secara positif.
24. Sentiasa hantar gelombang & aura positif kpd pasangan.
25. Overhaul diri agar jadi org baru yg Allah redha & pasangan syg.
26. Sentiasa fokus kpd memberi khidmat terbaik kpd pasangan & bkn sekadar mengharap bantuan drpnya.
27. Azam utk sama2 masuk syurga.
28. Hormati & sayangi keluarga pasangan spt kel sendiri.
29. Cari org tengah bila gagal rungkaikan konflik.
30. Sentiasa bertawakkal kpd Allah.
 

Sunday, 19 January 2014

La Tahzan...


Semakin kuat kita nak berubah ke arah kebaikan, 
makin besar dugaan yang akan kita tempuhi..
antaranya akan ramai kawan-kawan kita mula menjauhi kita dan akan membuat ghibah ( mengumpat) kita..
paling teruk lagi akan memfitnah kita..
biarkanlah mereka..
janganlah kita bersedih hati..
kerana ALLAH akan memberikan kita kawan-kawan yg lebih baik..
yg penting kita berubah hanya kerana ALLAH
bukan kerana manusia..
kita sendiri yang menentukan sama ada kita akan ke SYURGA atau NERAKA..
bukan orang lain..
Tidak semua manusia akan mendapat hidayah ALLAH..
ALLAHUAKBAR..

Saturday, 18 January 2014

Kisah Si Kedekut Menderma Dalam Tabung Masjid


PAK Samad memang terkenal dengan sifat kedekutnya. Semua orang kampung menggelarkannya Pak Samad kedekut kerana sifat kedekutnya yang teramat sangat.

Suatu hari, ketika menunaikan solat Jumaat di masjid kampungnya, salah seorang jemaah bersebelahan menghulurkan tabung pungutan derma masjid kepadanya.

Dengan berat hati
Pak Samad menyeluk saku, lama juga dia mencari wang kecil untuk dimasukkan ke dalam tabung itu. Habis diselaknya baju dan kain pelekat.

Akhirnya Pak Samad menemukan syiling RM0.10 di celah dompetnya. Syiling itulah yang dimasukkan ke dalam tabung.

Tidak lama selepas Pak Samad menderma, Pak Karim yang duduk di belakangnya menghulurkan 3 keping wang RM100 kepada Pak Samad.

Pak Samad terus memasukkan wang itu ke dalam tabung. Dalam hatinya berbisik "kaya sungguh Karim ni, bagi derma sampai RM300".

Selesai solat, Pak Samad terus mencari Karim, dia hairan dengan sikap dermawan Pak Karim.

"Wah murahnya hati kau Karim, bagi derma masjid pun sampai RM300, tak rasa rugi ke?" tegur Pak Samad.

"Aku hulur duit kau yang terjatuh masa cari duit syiling di masjid tadi" jawab Pak Karim sambil berlalu meninggalkan Pak Samad yang terpinga-pinga.
Gambar Sekadar Hiasan

Tuesday, 14 January 2014

Salam Maulidur Rasul



Salam maulidur Rasul.. Saya sangat kagum dengan Rasulullah S.A.W yang mempunyai keperibadian dan keikhlasan yang tinggi dalam perjuangan dakwahnya, dia tidak pernah membalas kejahatan orang-orang yang iri dan dengki padanya, malah dibalas dengan kebaikan yang penuh dengan zahir keikhlasan, Allah humma Solli 'Ala Muhammad wa'ala 'Alihi Wasohbisi Wasollim



Thursday, 9 January 2014

Syaitan Pun Takut


Ada seorang manusia yang bertemu dengan setan di waktu subuh. Entah bagaimana awalnya, akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan. Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan solat, maka setan pun sambil tersenyum bergumam, "Orang ini memang layak menjadi sahabatku..!"

Begitu juga ketika waktu zohor orang ini tidak mengerjakan solat, setan tersenyum lebar sambil berkata, " Rupanya inilah bakal teman sejatiku diakhirat nanti..!"

Ketika waktu asar hampir habis tetapi sahabatnya itu dilihatnya masih juga asyik dengan kegiatannya, setan mulai terdiam......

Kemudian ketika datang waktunya maghrib, temannya itu ternyata tidak solat juga, maka setan nampak mulai gelisah, senyumnya sudah berubah menjadi kecut. Dari wajahnya nampak bahawa ia seolah-olah sedang mengingat-ngingat sesuatu.

Dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu tidak juga mengerjakan solat Isya, maka setan itu sangat panik. Ia rupanya tidak dapat menahan diri lagi, dihampirinya sahabatnya yang manusia itu sambil berkata dengan penuh ketakutan, "Wahai sahabat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita !"

Dengan kehairanan manusia ini bertanya, "Kenapa engkau ingkar janji bukankah baru tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat?". "Aku takut !", jawab setan dengan suara gementar. "Nenek moyangku saja yang dulu hanya sekali membangkang pada perintah-Nya, iaitu ketika menolak disuruh sujud pada Adam, telah dilaknat-Nya; apalagi engkau yang hari ini saja kusaksikan telah lima kali membangkang untuk bersujud pada-Nya. Tidak terbayangkan olehku bagaimana besarnya murka Allah kepadamu !", kata setan sambil memecut pergi.

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al-Ahzab:71)

Wednesday, 8 January 2014

7 Most Beautiful Promises

 
7 most beautiful promises that everyone wants from a lover
 
  1. I am daily going to wish you good morning.

  2. I will take care of our families.

  3. I will always hug you, at least 10 times in a day.

  4. I will understand you and always talk you.

  5. If we fight, or a had some arguments, 

      we will talk only by hugging each other.

  6. I will never escape a single day without kissing you.

  7. I will always love you without any reason...



Like if u agree with this post........

Lumrah Kehidupan : Serba Tak Kena



Orang yang tidak berminat mendengar kuliah agama kekadang merasakan diri mereka sudah cukup sempurna dan penuh dengan ilmu tetapi sebaliknya, orang yang jahil yang paling kita mintak dijauhkan adalah jahil tetapi tidak tahu yang dia ni jahil.. Bahkan suka komen-komen negatif dan lebih suka untuk jadi pengkritik dan bukan untuk sama-sama mengambil ilmu dan maafaat dsripada setiap isi ceramah yang disampaikan..
 Renung2kan........



1 : Ustaz Azhar Idrus
2 : Ustaz Abdullah Khairi
3 : Ustaz Don Daniyal

4 : Penceramah Bebas
5 : ????????


Kesimpulannya dia memang taknak dengar ceramah.


Tuesday, 7 January 2014

Jangan Marah Bila Anak Anda Buat Begini Ketika Solat

Rasullullah S.A.W pernah berkata , kalau anak kita bergurau atas kita semasa Solat , biarkan lah . Dia cuma ingin bergurau sahaja . Jangan sesekali marah mereka . Kerana mereka tu masih kecil . Teruskanlah solat kita hingga selesai . Sesungguhnya ini ujian dari Allah S.W.T untuk menguji kekusyukan kita dalam Solat..
Rasulullah S.A.W juga pernah hadapi perkara begini yang dinaiki oleh cucunya hassain dan hussain..Beliau sujud terlalu lama dan membiarkan cucunya menaiki belakangnya dan tidak memarahinya..