Blogger Tips and TricksLatest Tips For BloggersBlogger Tricks

Tuesday, 31 December 2013

Senarai PUASA SUNAT Sepanjang 1435 H (2013-2014)

Allah telah memberitahu kepada Nabi saw di dalam sebuah hadith yang maksudnya, “Setiap amalan anak Adam adalah untuk dirinya sendiri kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu untuk aku (Allah) dan akulah yang langsung membalasnya.”  
(riwayat al-Imam al Bukhari dan Imam Muslim)
 
1. PUASA 1-9 MUHARAM = 5-13 NOV 2013

2. PUASA HARI ASYURA iaitu PADA 10 MUHARAM BERSERTA SEHARI SEBELUMNYA IALAH PADA 13 - 14 NOV 2013

3. PUASA HARI ISNIN DAN KHAMIS : MANA-MANA HARI ISNIN DAN KHAMIS KECUALI HARI TASYRIK 11 ZULHIJJAH = 6 OKT 2014 (ISNIN)

4. PUASA HARI PUTIH PADA 13, 14 DAN 15 HARI BULAN SETIAP BULAN HIJRAH SPR BERIKUT:
MUHARAM = 17-19 NOV 2013
SAFAR = 16 -18 DIS 2013
RABIULAWAL = 15-17 JAN 2014
RABIULAKHIR = 13-15 FAB 2014
JAMADILAWAL = 15-17 MAC 2014
JAMADILAKHIR = 13-15 APR 2014
REJAB = 13-15 MEI 2014
SYAABAN = 11-13 JUN 2014
SYAWAL = 09-11 OGOS 2014
ZULKAEDAH = 08-10 SEPT 2014
ZULHIJJAH = 08-10 OKT 2014

5. PUASA SUNAT REJAB = 1-29 MEI 2014

6. PUASA SUNAT SYAABAN ( KECUALI HARI SYAK 30 SYAABAN) = 30 MEI- 27 JUN 2014

7. PUASA ENAM ( PUASA MANA-MANA ENAM HARI SYAWAL KECUALI 1 SYAWAL IALAH antara 29 JULAI - 26 OGOS 2014

8. PUASA 1- 8 ZULHIJJAH = 26 SEPT-3 OKT 2014

9. PUASA HARI WUQUF
(BAGI MEREKA YANG TIDAK MENUNAIKAN HAJI) = 4 OKT 2014


Semoga Allah mempermudahkan urusan ibadat kita kepadaNya dan menerima amalan puasa kita.
 

Sketsa : Oh Ayahku..

Seorang bapa baru pulang dari membeli kereta porsche...

Anak   :  Wau. Cantik kereta ayah. mesti mahal ni.

Ayah   :  Mesti lah. Mulai hari ini ayah terpaksa catu perbelanjaan kamu semua.

Anak   :  Eh kenapa pulak ayah. Saya baru je nak tanya kenapa semalam ayah kurangkan belanja sekolah saya, hari ni ayah nak kurangkan lagi?

Ayah   :  Memang la. Kamu kena jimat sikit berbelanja. Semalam kan ayah beli motor harley davidson. Ayah dah banyak hutang. Kamu kena berjimat sebab tu ayah kena kurangkan belanja sekolah kamu.

Anak  : Ayah dah ada banyak motosikal dan kereta kenapa ayah beli lagi? Ayah yang berhutang dan berbelanja sesuka hati kenapa saya yang kena berjimat ayah?

Ayah   : Dah dah dah kamu jangan cakap banyak sangat. Syukurlah ayah masih lagi bagi duit belanja. Lagipun akhir tahun nanti ayah bagi la bonus sikit. Kalau kamu tak suka, kamu boleh cari keluarga lain. Kami tengok jiran-jiran kita tu, anak-anaknya melarat.

Anak  : Tapi ayah, tu sebab ayah diorang kerja biasa je tak berjawatan besar macam ayah. Diorang takde kebun besar macam ayah. So hasil pendapatan pun tak semewah ayah. Ayah banyak hasil tapi masih lagi banyak hutang. Sekarang ni ayah nak catu perbelanjaan saya pulak.

Ayah   :  Banyak cakap pula kamu ni. Dah dah dah ayah ada kerja ni.

Anak   :  Ayah nak pergi mana?

Ayah  :  Mak kamu nak pakai duit sikit nak pergi hawaii katanya nak beli handbag. Ini demi kepentingan keluarga kita.

Anak : ooo...

Ayah: Kamu tanya banyak sangat ni....apasal? Kamu nak gulingkan ayah ker?
 

Sunday, 29 December 2013

Lagu Nasyid Terindah : Kewajipan Solat

Assalamualaikum.. Untuk posting kali ini, saya dengan berbesar hati ingin berkongsi dengan kamu tentang lagu Nasyid yang terbaik dan terindah dan lagu yang boleh membuat kita syahdu..
Lagu ini juga membawa seribu memori kepada saya..

Kewajipan seorang muslim
Solat lima waktu

Ku dengar merdunya suara azan
Berkumandang melantunkan seruan sembahyang
Memenuhi kewajipan seorang muslim
Solat lima waktu sehari semalam

Berwudhu' taharah menyucikan diri
Berkiblat menghadap Ilahirabbi
Berdoa memohon petunjuk suci
Pada Mu Ya Allah Yang Maha Memberi

Kini hamba datang lagi
Dengan hati berseri
Ingat akan janji
Bahawa hidup mati Ilahirabbulalamin

Kini hamba datang lagi
Pasrah berserah diri
Mendekat kan hati pada Mu Yang Maha Suci

Persembahan Minggu Ke-6 Shiro

Jom kita tengok Persembahan Shiro pada Minggu ke-6 Maharaja Lawak Mega 2013. Memang best. 
kali ini ialah minggu loghat.


 

Cerpen : sudi jadi isteri kedua?

 
"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.

"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya...!" Fatimah mula sebak.

"Tak. Maksud saya..."

" Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fatimah dengan kasar.

"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?"suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.

Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fatimah' di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini. Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu. Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah. Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak. Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri.

Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua. Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.

Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri, sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak? Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut.

Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu.

"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.

"Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.

"Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu.

"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.

"Baiklah," jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang diayakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

"Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu.

"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit kearah Nusaibah, sambil tersenyum.

"Ye ke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail ditangannya.

Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.

"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.

"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.

Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

"Perjuangan," jawab Fikri.

***

"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)."
[QS al-Taubah 9:24]


*cerpen asal oleh 'Izzat Anwari bin Hasni

Saturday, 28 December 2013

To Be Jealous Or Not To Be?


 http://th08.deviantart.net/fs71/PRE/i/2011/112/8/2/jealousy_by_marcusavedis-d3en9av.jpg



What does it mean for your partner to be jealous? 
Does it mean severe love and affection? 
Or does it mean psycho on the loose?  
I have heard that a certain level of jealousy is healthy in every relationship, 
but where does one cross the line between jealousy and possessive, possibly violent even?  
ever-complicated issues....

Khasiat Tauge


tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. 

Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. 

Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik.

Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan. 
 
Bagaimanapun,... khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia. 

Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas. 

Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis) 

Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus. 

Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. 

Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. 

Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL. 

Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda. 

Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser. 

Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. 

Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya. 
 
Jadi apalagi, jom makan tauge

Ciri-ciri Keagungan Seorang Pemimpin

Salah satu sifat agung yang jarang kita temui pada umumnya para pemimpin atau pemerintah dunia hari ini ialah kesediaan mereka untuk mengaku akan kekurangan dirinya, atau bersedia menerima teguran dari orang lain atas kesilapan yang telah mereka lakukan sama ada secara sengaja atau tidak.
Bagaimanapun inilah satu-satunya ciri keagungan seseorang pemimpin yang berwibawa.

Pemimpin atau pemerintah yang taqwa dan beriman sentiasa curiga terhadap kebaikan atau kesempurnaan dirinya.
Dia sama sekali tidak beranggapan bahawa dia itu benar selalu dan tidak mungkin berbuat silap.
Pemimpin yang seperti ini biasanya akan bersifat demokratis dan gemar bermesyuarat dengan para sahabat serta penasihatnya untuk mendapatkan maklum balas atau "feedback" dari mereka itu tentang keadaan dirinya.
Jika ini dapat dilakukan maka sesungguhnya pemerintah itu telah melakukan satu contoh yang luar biasa indahnya dan akan dikagumi oleh rakyatnya.

Friday, 27 December 2013

Hyper Act. - Hanya Aku [OFFICIAL VIDEO]

 

Bersama janji kau sentuh rasa percaya
Hangat dinginmu mengundang rindu kecewa
Hanya aku dihuni sepi rasa kasihmu

[*] Hanya ku yang mencari
Rembulan masih ada
Mungkin seketika
Walau ku bahagia mengejar bayanganmu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu
Hanya aku

Apakah mungkin berulang janji setia
Apa kan kekal ataupun menyambut duka
Dan dirimu di janji Sang Sempurna
Dan kecewa kini dipulih rasa kasihmu

Repeat [*]

Dihuni rasa rindu
Hanya ku yang mencari
Rembulan masih ada
Mungkin seketika
Walau ku bahagia mengejar bayanganmu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu
Hanya aku

Dingin rasa kasihmu
Bagai bintang bersemi
Rindu janji bicara
Kekal selamanya
Walau sekadar mimpi
Tak pernah ku peduli
Selamanya kan ku pasti merindui dirimu
Hanya aku



Langkah-Langkah Mengelakkan Penceraian

Langkah-Langkah Mengelakkan Penceraian
Setiap pasangan yang berkahwin hendaklah berusaha untuk mencapai keharmonian rumahtangga dan menghindarkan perselisihan faham yang boleh membawa kepada konflik dalam rumahtangga serta mengakibatkan penceraian.


Antaranya adalah seperti berikut :

  • Menghayati tuntutan agama (ibadah)
  • Menyelesaikan masalah melalui perbincangan
  • Mengamalkan sifat-sifat yang terpuji
  • Memahami emosi setiap pasangan
  • Menunaikan hak dan tanggunjawab pasangan
  • Mengamalkan sikap bermaafan
  • Memberikan perhatian dan penghargaan
  • mengelak daripada menggunakan perkataan yang memutuskan perkahwinan
  • Mengamalkan komunikasi berkesan
  • Memberikan keutamaan kepada pasangan dan keluarga
  • Mewujudkan mawaddah ( kasih sayang ) dan rahmah

Perkara-Perkara Yang Membatalkan Akidah

Setiap orang Islam mestilah menjaga pegangan akidahnya dan mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkannya. Setiap orang Islam wajib menjaga akidahnya supaya dia menjadi seorang mukmin yang bertaqwa.

Antara perkara yang membatalkan akidah ialah :

  • Melakukan perkara-perkara yang jelas menyekutukan Allah SWT dengan makhluk sama ada melalui kepercayaan, perkataan atau perbuatan seperti percaya ada perkara lain yang berkuasa selain Allah SWT
  • Menyembah selain Allah SWT seperti berhala dan patung.
  • Mengingkari kuasa Allah SWT (Uluhiyah atau Rububiyah)
  • Menolak kerasulan Nabi Muhammad SAW atau mana-mana Rasul yang diutus oleh Allah SWT
  • Mempersenda, mengingkari dan mempertikaikan mana-mana hukum Allah SWT
  • Melakukan perbuatan yang menyerupai kepercayaan agama orang kafir seperti memakai salib
  • Menolak Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai sumber perundangan Islam

Thursday, 26 December 2013

HARAM PENGANTIN LELAKI MEMAKAI INAI.......!!

Inai adalah perhiasan wanita. Hukum memakainya adalah harus, sunat dan dalam keadaan tertentu makruh, iaitu bagi wanita yang tidak bersuami menurut pendapat fuqahak mazhab Syafi’ei. Bagi lelaki adalah haram kecuali dalam keadaan terpaksa seperti untuk berubat.

Oleh itu, adat lelaki memakai inai ketika aqad nikah dan walimah adalah tidak selari dengan ajaran Islam dan mesti dihentikan.

SHARE untuk SEBARKAN...!



Alhamdulillah.. Rezeki ditangan Allah S.W.T.


Beriman dan bertaqwa kepada Allah..
Allah jua lah pemberi rezeki sekalian Makhluk.

InsyaAllah....

Kadar Tol 15 Lebuh Raya Jan 2014

Gambar dibawah menunjukkan cadangan harga kadar Tol yang dinaikkan bermula pada 1 Januari 2014. Gambar ini telah tersebar luas sekarang. Harap-harap ianya tidak dilaksanakan. bagaimanapun bersedialah dengan harga baru apabila ianya diluluskan. Oh Malaysiaku..

Kadar Tol Malaysia terbaru


Surah Asy-Syams

وَالشَّمْسِ وَضُحَاهَا (١)وَالْقَمَرِ إِذَا تَلاهَا (٢)وَالنَّهَارِ إِذَا جَلاهَا (٣)وَاللَّيْلِ إِذَا يَغْشَاهَا (٤)وَالسَّمَاءِ وَمَا بَنَاهَا (٥)وَالأرْضِ وَمَا طَحَاهَا (٦)وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّاهَا (٧)فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا (٨)قَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكَّاهَا (٩)وَقَدْ خَابَ مَنْ دَسَّاهَا (١٠)كَذَّبَتْ ثَمُودُ بِطَغْوَاهَا (١١)إِذِ انْبَعَثَ أَشْقَاهَا (١٢)فَقَالَ لَهُمْ رَسُولُ اللَّهِ نَاقَةَ اللَّهِ وَسُقْيَاهَا (١٣)فَكَذَّبُوهُ فَعَقَرُوهَا فَدَمْدَمَ عَلَيْهِمْ رَبُّهُمْ بِذَنْبِهِمْ فَسَوَّاهَا (١٤)وَلا يَخَافُ عُقْبَاهَا (١٥



Wash-Shamsi Wauâhâ ۝Wal-Qamari Iâ Talâhâ ۝Wan-Nahâri Iâ Jallâhâ ۝Wal-Layli Iâ Yaġshâhâ ۝Was-Samâ-I Wa Mâ Banâhâ ۝Wal-Ardi Wa Mâaâhâ ۝Wa Nafsinw-Wa Mâ Saw-Wâhâ ۝Fa-Alhamahâ Fujuurahâ; Wa Taqwâhâ ۝Qad Aflaa Man-Zakkâhâ ۝WaQad Khâba Man Dassâhâ ۝Kaẓẓabat Thamuudu Biaġwâhâ ۝Iimba-Atha Ashqâhâ ۝Fa-Qâla Lahum Rasuulu-LLâhi Nâqata-LLâhi Wa Suqyâhâ ۝Fa-Kaẓẓabuuhu Fa-Aqaruuhâ Fadam-DamaAlayhim Rabbuhum-Biambihim Fasaw-Wâhâ ۝Wala Lâ YakhâfuUqbâhâ ۝

Maksudnya:
Demi matahari dan cahayanya Yang terang-benderang; Dan bulan apabila ia mengiringinya; Dan siang apabila ia memperlihatkannya Dengan jelas nyata; Dan malam apabila ia menyelubunginya (dengan gelap- gelita), Demi langit dan Yang membinanya (dalam bentuk Yang kuat kukuh - Yang melambangkan kekuasaanNya); Serta bumi dan Yang menghamparkannya (untuk kemudahan makhluk-makhlukNya); Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan Yang sesuai Dengan keadaannya); Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan Yang membawanya kepada kejahatan, dan Yang membawanya kepada bertaqwa; - Sesungguhnya berjayalah orang Yang menjadikan dirinya - Yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan Sesungguhnya hampalah orang Yang menjadikan dirinya - Yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). (Ingatlah), kaum Thamud telah mendustakan (Rasulnya) Dengan sebab perbuatan derhaka mereka Yang melampaui batas; Ketika orang Yang paling jahat di antara mereka menerima perintah dari mereka (supaya membunuh unta Yang menjadi mukjizat), Maka berkatalah Rasul Allah (Nabi soleh) kepada mereka: " (janganlah kamu ganggu) unta betina dari Allah itu, dan (janganlah kamu menyekatnya daripada mendapat) air minumnya (supaya kamu tidak ditimpa azab)!" (Setelah Nabi soleh memberi amaran) lalu mereka mendustakannya serta menyembelih unta itu. Dengan sebab dosa mereka, maka Tuhan menimpakan mereka Dengan azab Yang membinasakan serta ia meratakan azab itu meliputi mereka (sehingga punah-ranah semuanya). Dan Allah tidak hiraukan kesudahan (mereka) Yang demikian, (kerana itu adalah balasan Yang adil).

Penerangan hadis, 'Sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia'

Sy ada pertanyaan, apakah penerangan hadis sabda Rasulullah SAW, 'Sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia'..? Moga saudara diberi rahmat olehNya atas jawapan pertanyaan ini..
Jawapan
1- Sekadar pencarian kami di sini, tidak dapat ditemui sebuah hadith - sama ada sahih atau dhaif - yang berbunyi seperti yang saudara nyatakan.
2- Apabila dilihat kepada Al-Quran terutamanya, kita dapati bahawa Allah SWT menyamakan di antara jin dan manusia dari segi sebahagiannya baik dan sebahagian lagi tidak..di antaranya ialah seperti:
Dalam surah al-Jinn, ayat 11, Allah SWT menyatakan kata-kata jin:
"Dan bahawa sesungguhnya (memang maklum) ada di antara kita golongan yang baik keadaannya, dan ada di antara kita yang lain dari itu; kita masing-masing adalah menurut jalan dan cara yang berlainan. "

Begitu juga dalam surah al-Jinn juga, ayat 14 dan 15:
"Dan bahawa sesungguhnya (dengan datangnya Al-Quran, nyatalah) ada di antara kita golongan yang berugama Islam, dan ada pula golongan yang (kufur derhaka dengan) menyeleweng dari jalan yang benar; maka sesiapa yang menurut Islam (dengan beriman dan taat), maka merekalah golongan yang bersungguh-sungguh mencari dan menurut jalan yang benar,
Adapun yang menyeleweng dari jalan yang benar, maka mereka menjadi bahan bakaran bagi neraka Jahannam".

Dalam surah al-Dzariyaat, ayat 56:
"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu".

Dalam surah al-A'raaf, ayat 179:
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai".

Maka tidak mungkin sejahat manusia adalah sama tarafnya dengan jin yg baik. Kerana semuanya adalah sama.
wallahu a'lam

Wednesday, 25 December 2013

Rompakan !!

 
Seorang pencuri yang bersenjatakan pistol memecah masuk sebuah rumah
dan mendapati ada sepasang suami isteri didalam bilik dirumah tersebut.

"siapa nama kau?" tanya si pencuri sambil mengacu pistol ke arah wanita itu.
   "E-E-Elizabeth" ujarnya ketakutan.

"hari ini kau sangat beruntung" kata pencuri itu. "saya tidak menembak orang yang bernama elizabeth kerana itu adalah nama ibu saya yang tersayang" kemudian pencuri itu menoleh kearah suami wanita itu pula.

"siapa nama kau?"

  "nama saya harry" kata lelaki itu. "tapi orang selalu memanggil saya ELIZABETH"

Edit Gambar Menggunakan PicMonkey

aduuuii... punya bosan time cuti kalau dirumah..

tapi kalu mau jalan2 pun bukannya banyak duit.. maklumlah sekarang ne apa2 pun smua mahal.. tiba2 terasa macam hidup di negara susah pulak..

baiklah, untuk posting kali ni saya ingin kongsikan dengan kamu, picture editor yang cool giler.. laman web tu ialah www.picmonkey.com


kalau sesiapa yang tak berapa expert mau edit2 gambar tu laman web ini lah yang terbaik utk kamu.

saya mau kongsikan dlm posting kali ini bagaimana mengedit gambar k..

sebelum edit
 selepas edit

oklah.. time2 cuti kalau jalan2 pergi muzium ok jg ne sambil dapat info2 mengenai sejarah..

Selamat Mencuba...

Fenomena Ikan Naik Ke Darat di Lahad Datu


 



 
Pada 24 December 2013 di kampung Tabisan, Lahad Datu Sabah, kecoh dalam facebook gambar dan video betapa banyaknya ikan jenis Tamban menyerbu ke darat.  Seolah-olah peristiwa Tsunami Acheh berulang kembali.
Fenomena Ikan Naik ke Darat
ikan naik darat sabah kejadian ikan naik ke darat di kpg tambisan darat lahad datu
Fenomena Ikan Naik ke Darat

 Kejadian ini berlaku pada awal 8.00 pagi dan kelihatan seperti ikan2 itu panik sehingga naik ke darat (agak2 ada tsunami kat dalam laut kot). Tapi menurut sumber, kebanyakan daripada masyarakat di Lahad Datu sendiri tidak mengetahui lokasi tempat ikan itu sehinggalah pada petangnya apabila banyak video dan juga gambar tersebar di internet. (masyarakat di Lahad Datu diberitahu kejadian ini kononnya berlaku di Kudat).
 
Merujuk kepada perkara itu, Jabatan Meteologi megesahkan satu kejadian gempa bumi berukuran 5.7 skala richter di kepulauan Mariana pada jam 5.12 petang yang berpusat di timur laut Tagum Filipina, kira-kira 2,842 kilometer dari timur laut Kinabatangan Sabah.
 
Wah,nampaknya ikan2 itu tau lebih awal akan berlaku gempa bumi.. tapi, sehingga kini tiada ancaman tsunami dikeluarkan dan masyarakat diminta untuk tidak panik dan mengaitkan fenomena ini dengan tsunami di Acheh,Indonesia.
 
Jom kita tengok video ini :
 

 
Walau bagaimanapun, kita seharusnya berdoa pada Allah S.W.T agar dijauhkan dari sebarang malapetaka dan harusnya kita sedar, setiap yang berlaku adalah ketentuan dari Allah S.W.T..
 
SubhanAllah... ini rezeki yang melimpah ruah.... Jom makan ikan tamban.. hihihihi 


Tuesday, 24 December 2013

Exchange Gift Christmas


Hari ini kami di office main tukar2 hadiah sempena Christmas. Teringat pulak zaman2 masa sekolah dulu.. yelah, takkan mau straight ja keja kan..
lagipun esok kan Public Holiday..
kami di office main tukar2 hadiah ne, ada syarat juga ne.
hadiah mesti diatas RM10 dibawah RM20..
(taklah mahal sgt pun)
tidak boleh makanan. ia mes2ti berunsurkan kebendaan. hahahahaha..
Cara permainan ini ialah, setiap hadiah yang kita punya sendiri mestilah dirahsiakan, kemudian hadiah kita akan diberikan nombor.. kemudian satu lagi kertas yang mempunyai nombor akan diberikan kepada kita. temgoklah hadiah mana dan hadiah siapa yang kita akan dapat.

time saya mau cari ini hadiah saya terpaksa pergi ke Familia Superstore di bangunan Wisma Merdeka Kota Kinabalu sabah. punya ramai orang di kedai tu.. yelah.. kedai yang terkenal dengan harga yang murah..
kebetulan pulak Christmas Day pulak esok.. jadi jawapannya bersesak2 bah orang sana.

tggulah jawapan petang nanti. saya dapat hadiah siapa.
8 orang ja kami main ne termasuk incharge dan juga bos.
oh ya, ada juga player dari HeadQuarters kami join..
Jom Main Present Change!!!!!!!



Doa Sebelum Tidur dan Doa Sesudah Bangun Tidur

Kali ni, saya mau share doa sebelum tidur dan doa sesudah bangun tidur yang boleh kita amalkan ok.
 • Sebelum Tidur baca Doa :

 بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
bismikallahumma ahya wa amutu
Ertinya : Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati

• Sesudah Bangun Tidur Membaca Doa :

  اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
alhamdulillahil ladzi ahyana ba’da ma amatana wailaihin nusyur
Ertinya : Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit

Keterangan :
Doa ini berdasarkan hadits nabi yang saya ambil dari Riadust Shalihin :
عَنْ حُذَيْفَةَ وَأَبِىذَرٍّ رَضِىَاللّهُعَنْهُمَا قَالَ : كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَاأَوَى إِلىَ فِرَاشِهِ قَالَ : بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ ، وَإِذَااسْتَيْقَظَ قَالَ : اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ . رَوَاهُ الْبُخَارِىُّ

Ertinya : Hudzaifah r.a. dan Abu Dzarr keduanya berkata : Adalah Rasulullah saw. jika ingin tidur bacalah : bismikallahumma ahya wa amutu (Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati), dan apabila bangun tidur bacalah ; alhamdulillahil ladzi ahyana ba’da ma amatana wailaihin nusyur (Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit). (Bukhari)

Monday, 23 December 2013

Tubailasa is Queen of Wedding Singer

Assallamualaikum, untuk posting yang terlampau lama sudah menyepi (sebab terlupa sendiri ada Blog hihihih)
saya akan menghantar lagu tido yang best juga untuk didengari. lagu ni saya tak berapa fhm maksudnya, lagu suku kaum badjau semporna,sabah. lagu ne jenis leleng, lagu ni biasanya dinyanyikan ketika majlis2 perkahwinan suku kaum ini. penyanyi ini ialah tubailasa,sangat popular dikalangan bangsa2 mereka. apa yang menarik mengenai lagu mereka ini ialah, lagu ini biasanya didapati secara spntan tanpa perlu mencipta lirik berminggu2 untuk lagu ini. saya akan bagi link untk anda.. enjoy...
https://www.youtube.com/watch?v=TkMxsMh9v6g