Bagaimanapun inilah satu-satunya ciri keagungan seseorang pemimpin yang berwibawa.
Pemimpin atau pemerintah yang taqwa dan beriman sentiasa curiga terhadap kebaikan atau kesempurnaan dirinya.
Dia sama sekali tidak beranggapan bahawa dia itu benar selalu dan tidak mungkin berbuat silap.
Pemimpin yang seperti ini biasanya akan bersifat demokratis dan gemar bermesyuarat dengan para sahabat serta penasihatnya untuk mendapatkan maklum balas atau "feedback" dari mereka itu tentang keadaan dirinya.
Jika ini dapat dilakukan maka sesungguhnya pemerintah itu telah melakukan satu contoh yang luar biasa indahnya dan akan dikagumi oleh rakyatnya.
No comments:
Post a Comment