Blogger Tips and TricksLatest Tips For BloggersBlogger Tricks

Monday, 20 January 2014

30 Tips Untuk Bahagiakan Rumahtangga

https://encrypted-tbn1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQARu5P_mNxbc2ifGcY8H4jLMfb03SC8w5Cfpq4rE_6FWjLx4O0
Keluarga bahagia adalah HAK kita semua. Moga Allah rahmati & lindungi keluarga kita semua.. Untuk Posting kali ini saya sertakan 30 tips untuk kebahagiaan rumahtangga..
1.Taat perintah Allah, terutamanya menjaga solat fardhu & sunat.
2. Kenali pasangan dgn mendlm- buat apa yg dia suka & elak melakukan apa yg dia benci. Apa yg kita kenal sblm kahwin sering berbeza dgn situasi selepas kahwin.
3. Byk tolak ansur & cuba fahami pasangan-- suami fahami persepsi wanita & isteri cuba fahami persepsi lelaki. Persepsi lelaki & wanita amat berbeza!
4. Berlapang dada & boleh terima teguran pasangan. Tegurlah dgn hikmah. Puji kebaikannya sblm menegur kesilapannya! Ramai di antara kita yg tak boleh di tegur!!!
5. Sentiasa redha meredhai sbb kita tak sempurna. Suami & isteri punyai kelemahan masing2.
6. Tolong menolong-- terutamanya suami, bantulah kerja rumah.
7. Jadi jiran yg baik agar semua jiran syg kpd kita.
8. Suami usha utk tampankan diri & isteri cantikkan diri semata mata utk pasangan, baru ngam!
9. Bentuk sifat tawaduk. Sifat ego yg sering robekkan rtangga.
10. Sering bergurau senda & buat lawak (lawak bodoh pun takpe).
11. Cemburu yg bertempat, tanda beriman. Elak cemburu buta.
12. Mendorong & memotivasikan pasangan utk majukan diri.
13. Sentiasa didik mendidik & pesan memesan. Insan mudah lupa.
14. Cari titik persamaan sbg pengerat kasih syg. Ikut kajian: pasangan bahagia punyai lebih drp 13 persamaan!
15. Sentiasa maafkan pasangan sblm tidur. Elak tidur dlm keadan marah atau rajuk. Malaikat rahmat akan tinggalkan rumah kita.
16. Bentuk ritual romantik sbg pemangkin kasih syg.
17. Jadi cermin yg jujur kpd pasangan. Jgn biarkan kemungkaran.
18. Jadi perawat yg setia kpd pasangan- fizikal, mental, rohani.
19. Sentiasa membelai & memuji & menghargai pasangan.
20. Sentiasa berkomunikasi secara berhikmah & menyejuk jiwa.
21. Usaha agar menjadi kebanggaan pasangan- serlahkan kehebatan.
22. Berterusan mencari ilmu ttg agama, rumahtangga, dll
23. Sentiasa doa mendoakan pasangan secara positif.
24. Sentiasa hantar gelombang & aura positif kpd pasangan.
25. Overhaul diri agar jadi org baru yg Allah redha & pasangan syg.
26. Sentiasa fokus kpd memberi khidmat terbaik kpd pasangan & bkn sekadar mengharap bantuan drpnya.
27. Azam utk sama2 masuk syurga.
28. Hormati & sayangi keluarga pasangan spt kel sendiri.
29. Cari org tengah bila gagal rungkaikan konflik.
30. Sentiasa bertawakkal kpd Allah.
 

Sunday, 19 January 2014

La Tahzan...


Semakin kuat kita nak berubah ke arah kebaikan, 
makin besar dugaan yang akan kita tempuhi..
antaranya akan ramai kawan-kawan kita mula menjauhi kita dan akan membuat ghibah ( mengumpat) kita..
paling teruk lagi akan memfitnah kita..
biarkanlah mereka..
janganlah kita bersedih hati..
kerana ALLAH akan memberikan kita kawan-kawan yg lebih baik..
yg penting kita berubah hanya kerana ALLAH
bukan kerana manusia..
kita sendiri yang menentukan sama ada kita akan ke SYURGA atau NERAKA..
bukan orang lain..
Tidak semua manusia akan mendapat hidayah ALLAH..
ALLAHUAKBAR..

Saturday, 18 January 2014

Kisah Si Kedekut Menderma Dalam Tabung Masjid


PAK Samad memang terkenal dengan sifat kedekutnya. Semua orang kampung menggelarkannya Pak Samad kedekut kerana sifat kedekutnya yang teramat sangat.

Suatu hari, ketika menunaikan solat Jumaat di masjid kampungnya, salah seorang jemaah bersebelahan menghulurkan tabung pungutan derma masjid kepadanya.

Dengan berat hati
Pak Samad menyeluk saku, lama juga dia mencari wang kecil untuk dimasukkan ke dalam tabung itu. Habis diselaknya baju dan kain pelekat.

Akhirnya Pak Samad menemukan syiling RM0.10 di celah dompetnya. Syiling itulah yang dimasukkan ke dalam tabung.

Tidak lama selepas Pak Samad menderma, Pak Karim yang duduk di belakangnya menghulurkan 3 keping wang RM100 kepada Pak Samad.

Pak Samad terus memasukkan wang itu ke dalam tabung. Dalam hatinya berbisik "kaya sungguh Karim ni, bagi derma sampai RM300".

Selesai solat, Pak Samad terus mencari Karim, dia hairan dengan sikap dermawan Pak Karim.

"Wah murahnya hati kau Karim, bagi derma masjid pun sampai RM300, tak rasa rugi ke?" tegur Pak Samad.

"Aku hulur duit kau yang terjatuh masa cari duit syiling di masjid tadi" jawab Pak Karim sambil berlalu meninggalkan Pak Samad yang terpinga-pinga.
Gambar Sekadar Hiasan

Tuesday, 14 January 2014

Salam Maulidur Rasul



Salam maulidur Rasul.. Saya sangat kagum dengan Rasulullah S.A.W yang mempunyai keperibadian dan keikhlasan yang tinggi dalam perjuangan dakwahnya, dia tidak pernah membalas kejahatan orang-orang yang iri dan dengki padanya, malah dibalas dengan kebaikan yang penuh dengan zahir keikhlasan, Allah humma Solli 'Ala Muhammad wa'ala 'Alihi Wasohbisi Wasollim



Thursday, 9 January 2014

Syaitan Pun Takut


Ada seorang manusia yang bertemu dengan setan di waktu subuh. Entah bagaimana awalnya, akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan. Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan solat, maka setan pun sambil tersenyum bergumam, "Orang ini memang layak menjadi sahabatku..!"

Begitu juga ketika waktu zohor orang ini tidak mengerjakan solat, setan tersenyum lebar sambil berkata, " Rupanya inilah bakal teman sejatiku diakhirat nanti..!"

Ketika waktu asar hampir habis tetapi sahabatnya itu dilihatnya masih juga asyik dengan kegiatannya, setan mulai terdiam......

Kemudian ketika datang waktunya maghrib, temannya itu ternyata tidak solat juga, maka setan nampak mulai gelisah, senyumnya sudah berubah menjadi kecut. Dari wajahnya nampak bahawa ia seolah-olah sedang mengingat-ngingat sesuatu.

Dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu tidak juga mengerjakan solat Isya, maka setan itu sangat panik. Ia rupanya tidak dapat menahan diri lagi, dihampirinya sahabatnya yang manusia itu sambil berkata dengan penuh ketakutan, "Wahai sahabat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita !"

Dengan kehairanan manusia ini bertanya, "Kenapa engkau ingkar janji bukankah baru tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat?". "Aku takut !", jawab setan dengan suara gementar. "Nenek moyangku saja yang dulu hanya sekali membangkang pada perintah-Nya, iaitu ketika menolak disuruh sujud pada Adam, telah dilaknat-Nya; apalagi engkau yang hari ini saja kusaksikan telah lima kali membangkang untuk bersujud pada-Nya. Tidak terbayangkan olehku bagaimana besarnya murka Allah kepadamu !", kata setan sambil memecut pergi.

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al-Ahzab:71)

Wednesday, 8 January 2014

7 Most Beautiful Promises

 
7 most beautiful promises that everyone wants from a lover
 
  1. I am daily going to wish you good morning.

  2. I will take care of our families.

  3. I will always hug you, at least 10 times in a day.

  4. I will understand you and always talk you.

  5. If we fight, or a had some arguments, 

      we will talk only by hugging each other.

  6. I will never escape a single day without kissing you.

  7. I will always love you without any reason...



Like if u agree with this post........

Lumrah Kehidupan : Serba Tak Kena



Orang yang tidak berminat mendengar kuliah agama kekadang merasakan diri mereka sudah cukup sempurna dan penuh dengan ilmu tetapi sebaliknya, orang yang jahil yang paling kita mintak dijauhkan adalah jahil tetapi tidak tahu yang dia ni jahil.. Bahkan suka komen-komen negatif dan lebih suka untuk jadi pengkritik dan bukan untuk sama-sama mengambil ilmu dan maafaat dsripada setiap isi ceramah yang disampaikan..
 Renung2kan........



1 : Ustaz Azhar Idrus
2 : Ustaz Abdullah Khairi
3 : Ustaz Don Daniyal

4 : Penceramah Bebas
5 : ????????


Kesimpulannya dia memang taknak dengar ceramah.


Tuesday, 7 January 2014

Jangan Marah Bila Anak Anda Buat Begini Ketika Solat

Rasullullah S.A.W pernah berkata , kalau anak kita bergurau atas kita semasa Solat , biarkan lah . Dia cuma ingin bergurau sahaja . Jangan sesekali marah mereka . Kerana mereka tu masih kecil . Teruskanlah solat kita hingga selesai . Sesungguhnya ini ujian dari Allah S.W.T untuk menguji kekusyukan kita dalam Solat..
Rasulullah S.A.W juga pernah hadapi perkara begini yang dinaiki oleh cucunya hassain dan hussain..Beliau sujud terlalu lama dan membiarkan cucunya menaiki belakangnya dan tidak memarahinya..