Blogger Tips and TricksLatest Tips For BloggersBlogger Tricks

Wednesday, 1 January 2014

Panduan Elakkan Diri Dari Menjadi Mangsa Culik

Apa yang patut kamu lakukan :-
 
  1. Mengawasi hli keluarga supaya tidak terdedah dari bahaya diculik.
  2. Belajar seni mempertahankan diri.
  3. Mengawasi dan memantaupergaulan anak2 atau ahli keluarga, kerana pergaulan tanpa batasan akan mengundang penculikan. Terutamanya bagi golongan yang berada.
  4. Elakkan daripada berjalan seorang diri.
  5. Jangan berjalan bersendirian di tempat2 gelap,sunyi atau terpencil.
  6. Jika kamu suka berjogging, elakkan seorang diri kerana kamu berisiko tinggi untuk menjadi mangsa culik. Sebaiknya, bawa seorang teman.
  7. Sentiasa berwaspada dengan makanan atau minuman yang diberikan oleh orang yang baru kamu kenali.
  8. Membawa alat penggera peribadi atau senjata yang boleh mempertahankan diri.
  9. Waspada jika melihat orang yang mencurigakan.
  10. Bertenang atau jangan panik sekiranya kamu berhadapan dengan situasi tersebut. Sebaiknya, fikirkan dengan logik, bagaimanakah cara kamu untuk menyelamatkan diri.
  11. Jangan mempamerkan kemewahan yang ada, kerana penculik akan lebih berminat untuk menjadikan kamu mangsa culik.
  12. Usah tunjukkan bahawa diri kamu lemah dan takut.
  13. Jangan mencari musuh atau bermusuh.
  14. Buang tabiat suka menghabiskan masa tanpa tujuan.
  15. Elakkan menerima pelawaan menaiki kenderaan atau apa sahaja dari orang yang tidak kamu kenali !
  16. Sentiasa beringat, bahaya ada di mana2, sekalipun mereka adalah orang yang kamu kenali.
  17. Jika diancam, berusahalah untuk menyelamatkan diri dan pergi ke tempat yang lebih selamat, seperti balai polis.
  18. Elakkan meletakkan kenderaan pada tempat yang tersorok seperti berhampiran dengan tembok. Selalunya penjenayah akan bersembunyi di sebalik tembok untuk memerangkap mangsanya.
  19. Jika memandu kenderaan sendirian, pastikan kamu sentiasa mengunci pintu kenderaan sebaik sahaja berada di dalam kereta.
  20. Sekiranya kamu menjadi mangsa penjenayah, pastikan kamu menyelamatkan diri dengan memukul atau menendang di bahagian sulitnya.

No comments:

Post a Comment