Dunia semakin hampir ke penghujung waktu. Sama-samalah kita amalkan amalan penghapus dosa kecil sebagai pesediaan ke sana. Untuk Dosa-dosa besar, kita perlulah Taubat Nasuha dan berjanji pada diri sendiri yang kita menyesali perbuatan kita dan berjanji pada diri sendir bahawa kita tidak akan mengulanginya semula.
- Menyempurnakan dan mengelokkan Wudhu
- Mengerjakan Solat Tasbih
- Berpuasa dan beribadah di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah S.W.T
- Mengucapkan syukur (Alhamdulillah) setiap kali selepas makan dan memakai pakain
- Duduk sebentar di dalam Masjid selepas Solat.
- Berzikir selepas Solat
- Berjalan dari rumah ke Masjid dalam keadaan berwudhu
- Berzikir kepada Allah S.W.T secara bersendirian atau berkumpulan
- Memperbanyakkan Tasbih, Tahmid, Tahlil dan Takbir
- Mengerjakan Solat secara berjemaah
- Solat di saf hadapan
- Mandi sunat sebelum pergi menunaikan Solat Jumaat
- Memberlanjakan harta kejalan Allah S.W.T
No comments:
Post a Comment