
Malu memang patut ada pada diri seseorang. Kalau tiada persaan malu nanti macam lain pula pandangan orang kepada kita. Bak kata pepatah "muka tak malu, pipi tersorong sorong". Ada juga orang yang selalu bercakap tentang "malu-malu kucing". Tetapi apa yang saya posting di sini adalah malu yang kadang kala ia menghalang kamu dari menjalani kehidupan yang menarik. Mengapa perlu malu ? Mengapa perlu timbul perasaan segan silu dan akhirnya ia memberi tekanan pada kamu. Tetapi, jika timbul sikap malu hanya kerana ingin menunjukkan rasa hormat kepada seseorang itu tidak mengapa tapi kadang kala sikap malu kamu yang melampau sedikit sebanyak menjejaskan penampilan kamu.
Okeylah, jangan peningkan kepala, jom kita tengok beberapa tips yang sesuai untuk kamu yang terlampau pemalu ini :-
- Berikan tumpuan yang lebih kepada seseorang yang sedang bercakap dengan kamu. Dengan cara ini sedikit sebanyak dapat melupakan kamu tentang sikap kamu yang pelik ini.
- Belajar memulakan perbualan ketika beratur di tempat awam. Paling tidak pun berkenalan dan bercakap tentang hal ehwal semasa dengan orang yang berdekatan dengan kamu ketika sedang menunggu bas.
- Belajar bermesra dengan orang lain dengan memberi pujian kepadanya. Kadang kala pujian itu dapat merobohkan tembok pemisah antara kamu dengannya.
- Belajar bercakap dihadapan cermin dan yakin pada diri bahawa kamu mampu melakukan yang terbaik untuk diri kamu.
- Paling senang cuab kamu fikir, orang yang kamu temui itu sama dengan kamu manusia biasa. Buat apa mahu takut dengan mereka.
- Cara penampilan dan pembawaan diri juga boleh menimbulkan rasa hormat orang lain pada diri kita.
- Orang lain akan lebih yakin dengan kita jika kita betul-betul yakin dengan pendirian kita.
- Belajar menegur jiran sekeliling jika kamu baru berpindah di tempat baru.
- paling tidak pun apa kata kamu pelawa orang yang baru dikenali itu minum di warung, menikmati secawan kopi tentu menarik kan..
- Jangan sangsi dan takut untuk menerima jemputan daripada orang yang baru dikenali tapi harus berhati-hati.
- Berpenampilan menarik, dan kemas adalah asas untuk diri. Kamu akan lebih yakin dengan diri kamu terutamanya jika kamu dijemput untuk memberi sebarang ucapan di majlis harijadi teman kamu.
- Satu lagi, bersikap tegas! Pulangkan semula barang yang kamu anggap rosak kepada tuan punya kedai dan jangan takut untuk bertegas bahawa kamu mahukan yang lain sebagai ganti. Ingat! Kuasa pembeli ada pada kita. Tapi jangan pula kamu mengeluarkan kata-kata kesat pula. Bercakap sebaik mungkin ya..
- Untuk permulaan, mulakan perbualan di telefon sehingga kamu rasa begitu mesra dengannya. selepas itu barulah kamu mulakan date pertama kamu dengannya. Kamu akan rasakan seolah-olah kamu sudah lama mengenalinya.
- Bagi lelaki pula, bayangkan sikap pemalu ini akan menimbulkan rasa tidak puas hati pada gadis yang mendampingi kamu.
- Malu untuk berterus terang bahawa kamu menyukainya? Ops! cuab dulu.. Mana tahu kamu tidak bertepuk sebelah tangan. Jika cinta kamu ditolak, janganlah kamu kecewa. Ramai lagi yang menanti kamu diluar sana.
- Jangan asyik hendak menang saja. Hormati perasaan orang lain seperti mana mereka menghormati kamu. Ini akan memudahkan kamu menyelesaikan masalah dengan hati yang tegas.
- Kamu dapati sukar untuk berkata TIDAK! Tanya pada diri apakah kesan buruk yang akan dihadapi jika kamu berkata TIDAK, adakah lebih buruk jika kamu berkata YA.
- Okay.. jika kamu masih lagi tidak mampu menghakis perasaan malu kamu itu, Apa kata kamu menemui Pakar Kaunseling untuk mengurangkan bebanan fikiran kamu ini. tapi kalau kamu malu juga mahu bertemu dengan Pakar Kaunseling, tidak tahulah apa mahu cakap bagaimana lagi.
- Berani mengutarakan persoalan, pensyarah/guru kamu sedia membantu dan rasanya mereka tidak akan menelan kamu hidup-hidup.
- Diam biar bertempat.
- Jangan ragu-ragu ketika membuat keputusan.
- Tarik nafas panjang-panjang sebelum kamu memulakan bahas yang dianjurkan oeh persatuan bahasa melayu di sekolah kamu.
- Kalau kamu pelajar baru dalam kelas, Jangan malu... Apa kata kamu beranikan diri bersalaman dengan mereka dan memperkenalkan diri kamu. Tunjukkan keberanian kamu walaupun pada hakikatnya muka kamu sudah tebal seinci malunya.
- Jika kamu malu sekarang, apa akan terjadi jika kamu berkahwin kelak.
- Bagi kamu yang merokok, apa kata kamu merokok dulu sebelum memulakan mood kamu yang baru.
- banyak membaca adalah baik untuk kamu, sekurang-kurangnya kamu tahu apa yang ingin katakan bila sesuatu topik diutarakan.
- Paling tidak pun kamu diamkan diri buat beberapa minit dan mulakan mood kamu yang baru.
- Rasanya kamu tidak perlu untuk membayar apa-apa jika hendak bercakap kan?
- Sikap peramah adalah jalan untuk mencari lebih ramai kenalan.
- Kalau kamu tidak berjaya juga menghilangkan rasa malu, rasanya jalan terbaik adalah kamu bina sebuah rumah yang jauhdari orang ramai dan tinggal seorang diri. kamu dengan dunia kamu. HAHAHA.. Jangan marah.
No comments:
Post a Comment