Blogger Tips and TricksLatest Tips For BloggersBlogger Tricks

Monday, 6 January 2014

Demi Keluarga Aku Rela

    
     Aku termenung sejenak di sofa rumah setelah kepenatan disebabkan seharian bekerja. Kadang-kadang aku terfikir kenapalah aku terpaksa bekerja sehingga ke tahap ini. Bertungkus lumus siang dan malam semata-mata untuk mencari rezeki untuk keluarga kami. Tapi sehingga ini masih belum mencukupi.
     Mengapa ya? Aku memberi perhatian sepenuhnya terhadap kerjaku konon untuk menjadi pekerja yang berwibawa.. Malangnya boss sentiasa mengharapkan semua kerja perfect dari segenap segi.
    Aku masih lagi belum mengetahui bahawa aku belum mendapat kepuasan sepenuhnya dari jiwa ini terhadap kerja-kerjaku seharian. Aku bekerja semata-mata mencari nafkah untuk keluarga hingga kadang-kadang aku rasakan tiada keikhlasan lagi dalam diri terhadap kerja-kerja ini.
     Kadang-kadang aku terfikir mengapa aku bekerja untuk memberi keuntungan kepada mereka? Kenapa aku tidak bekerja untuk diri sendiri dan keuntungannya hanya milikku seorang? Apakah yang aku dapat. Imbuhan bonus dan Kenaikan gaji masih tiada... Aku masih begitu tanpa sebarang perubahan..
   Aku hanya inginkan apa yang aku lakukan memberikan keselesaan, keuntungan, keselamatan dan kesenangan kepada diriku dan keluarga. Suatu kerja yang aku inginkan dalam hidup ini. Sesuatu yang aku boleh kongsi bersama keluargaku.
     Mengapa aku terpaksa menempuhi semua ini semata-mata untuk merasai nikmat dunia yang dikurniakan Ilahi. Aku terpaksa menanggung segala beban yang diamanahkan untuk menjaga keluargaku ini.
     "Allahuakbar..Allahuakbar..." kedengaran suara muazin memanggil untuk sama-sama berjemaah sembahyang fardhu Maghrib. Oh! Baru aku tersedar rupa-rupanya sudah lama aku mengelamun. Lamunan seorang lelaki yang memikirkan perjalanan hidup dirinya dan keluarganya...Tanpa perhentian. -ToMsKinZ
   

No comments:

Post a Comment